Friday, 26 November 2021

KPF3012 – FALSAFAH DAN DASAR : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,



Kami merupakan mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penulisan blog kami ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah kami dalam subjek KPF3012 – FALSAFAH DAN DASAR :  PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.


Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang, iaitu :



ALDA SUSANTI BINTI ABDULLAH

D20211099571



PUTERI ALYA IZZATI BINTI MOHD HAMDAN ROSLAN

D20211099572



NURHANANI HUSNA BINTI NOOR HAFFIZAM

D20211099573


NUR FAQIHAH BINTI SHAHRUM AZAM

D20211099574




(A) PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) DAN KANDUNGANNYA SECARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT





Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan 

Guru(FPG):


Sebelum 1982

  •   Pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi.
  •  Pendidikan hanya bergerak selari dengan matlamat negara.
  •  Seperti : Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia.


Tahun 1979

  • Laporan Jawatankuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan di Malaysia.   
- Melahirkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.

                     Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.


Tahun 1982

  •   Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru
  •   Objektif utama : Menjadi rujukan, panduan,amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.


Kandungan tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG):


FPG yang digubal mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan.


1.     Berpekerti Mulia :

·  Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa , masyarakat) melebih diri sendiri.

 

2.     Berpandangan Progresif dan Saintifik:

·    Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif.

· Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan ilmunya.

 

3.     Bersedia Menjunjung Aspirasi Negara:

·  Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang utama.

 

4.     Menyanjung Warisan Kebudayaan Negara:

·        Meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara.

·        Menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat.

 

5.     Menjamin Perkembangan Individu:

·   Sentiasa memberikan keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.

·  Merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.

 

6.     Memelihara Suatu Masyarakat yang Bersatu Padu :

·    Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan.

·   Memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

 

7.     Memelihara Suatu Masyarakat yang Demokratik :

·        Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan.

·        Berlaku adil dalam membuat keputusan.

·        Bertindak berasaskan pertimbangan wajar.

 

8.     Memelihara Suatu Masyarakat yang Progresif :

·  Memberi penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas.

·       Membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik.

·      Guru perlu menekankan kaedah inkuiri (penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta)

 

9.     Memelihara Suatu Masyarakat yang Berdisiplin :

·     Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.



(B) :  FALSAFAH PENDIDIKAN GURU SEBAGAI TERAS KEPADA PEMBENTUKAN PEMIKIRAN DAN AMALAN GURU-GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN, SAHSIAH DAN ETIKA GURU


         1.   Pengetahuan :

·      Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang subjek yang diajar.

·     Mengetahui serta mengaplikasi kaedah atau cara penyampaian ysng pelbagai dan berkesan.

·    Murid dapat memahami apa yang dipelajari.


2.   Sahsiah :

·       Perlu mempunyai sahsiah yang baik.

·      Menjadi contoh kepada murid-murid.

· Contoh : setiap tindakan guru perlu dilakukan secara bijaksana, mempamerkan kematangan, berpekerti mulia dan sikap saling bekerjasama dengan guru-guru lain.


3.   Etika Guru :

(

·        Bertingkah laku baik di depan semua orang termasuk murid-murid.

·        Sentiasa bekerja dengan ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.

·        Terhadap individu, masyarakat, agama dan negara.


4.   Keterampilan :

· Keterampilan mampu meningkatkan kuasa professional, keberkesanan tugas, kreatif dan inovasi, keyakinan diri dan kewibawaan guru dalam pelaksanaan tugas.

·  Keterampilan guru menunjukkan guru sememangnya mempunyai ilmu pengetahuan  dan kemahiran yang tinggi serta nilai diri yang positif dan minda yang sihat.



(C) :  ANALISIS KRITERIA KERJAYA GURU SEBAGAI PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM


Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional. Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang professional.


1.   Kerjaya Unik :


· Hanya guru mampu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membangunkan personaliti, kebolehan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmoni.

·   Hanya guru yang pakar terlatih yang mewariskan pengetahuan, kemahiran, nilai, kebudayaan dan kepercayaan kepada generasi seterusnya.

·     Contoh : guru mata pelajaran, guru pakar dan guru cemerlang.


2.   Tahap Pendidikan Yang Tinggi:


·     Guru perlu menjalani tempoh pengajian di Institusi Pendidikan Guru selama 4 hingga 5 tahun untuk mendalami 3 komponen.

·    Komponen : Pengetahuan dan kefahaman, Kemahiran Kaedah dan Teknik serta Amalan Nilai Professional.


3. Latihan Yang Lama :

·       Merupakan pekerjaan yang amat penting dan harus dilakukan dengan betul.

· Guru perlu mendapatkan latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.


4. Kod Etika Perkhidmatan :

·   Etika – Sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.

·    Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta betul dan juga salah.

·     Dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

·     Menjadi garis panduan dan dasar yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.


5. Persatuan :

· Satu badan organisasi atau organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa, pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.

·  Mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar kod etika yang telah dipersetujui.


6. Tanggungjawab :

·   Guru diamanahkan dengan tanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang telah dibuat.

·   Perkhidmatan yang diberikan ini melibatkan dengan kebajikan manusia, maka tanggungjawab yang telah diamanahkan amatlah berat.



(D) : ANALISISKAN KOMPONEN STANDARD GURU MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN GURU YANG BERTARAF DUNIA


Maksud Standard Guru Malaysia

·  Pernyataan kompetensi professional yang patut dicapai oleh para guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan)

·        Digubal berdasarkan rujukan dan panduan kepada guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia dan di beberapa negara maju untuk melahirkan dan melestarikan guru yang berkualiti

·        Komponen Standard Guru Malaysia (SGM) : Standard (S), Keperluan (K) dan Asas Penentuan Standard dan Keperluan

 

Komponen Standard Guru Malaysia

1.     Standard (S)

·        Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

·        Pengetahuan dan Kefahaman

·        Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran


2.     Keperluan (K)

·        Kelayakan Masuk Program Latihan Perguruan

·        Latihan, Pentaksiran dan Penilaian

·        Kolaborasi

·        Infrastruktur dan Infostruktur

·        Jaminan Kualiti


3.     Asas Penentuan Standard dan Keperluan

·        Misi Nasional

·        Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

·        Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

·        Tatasusila Profesion Keguruan

·        Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

Guru Kompeten

·    Guru yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik.

·        Ciri-ciri :

                                                        i.            Mempunyai kemahiran dan pertuturan antara murid yang bagus.

                                                      ii.            Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tentang mata pelajaran yang diajar.

 

Modal Insan Unggul

·        Ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih produktif.

·  Pembangunan modal insan unggul – suatu proses yang bertujuan bagi melahirkan jiwa yang bertaqwa, pembangunan yang penuh dengan keinsanannya dan harus dilengkapi dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang ada sifat keinsanannya.

(

No comments:

Post a Comment

KPF3012 – FALSAFAH DAN DASAR : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Kami merupakan mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Penulisan blog kami ini me...