Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kami merupakan mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Penulisan blog kami ini merupakan salah satu kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah kami dalam subjek KPF3012 – FALSAFAH DAN DASAR : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang, iaitu :
ALDA SUSANTI BINTI ABDULLAH
D20211099571
PUTERI ALYA IZZATI BINTI MOHD HAMDAN ROSLAN
D20211099572
NURHANANI HUSNA BINTI NOOR HAFFIZAM
D20211099573
D20211099574
(A) PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) DAN KANDUNGANNYA SECARA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan
Guru(FPG):
Sebelum 1982
- Pendidikan guru di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi.
- Pendidikan hanya bergerak selari dengan matlamat
negara.
- Seperti : Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia.
Tahun 1979
- Laporan Jawatankuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan di Malaysia.
- Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Tahun 1982
- Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru
- Objektif utama : Menjadi rujukan, panduan,amalan dan
wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.
Kandungan tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG):
FPG yang
digubal mengandungi sembilan perkara yang membentuk pemikiran dan amalan
profesionalisme keguruan.
1.
Berpekerti Mulia :
· Guru yang bersedia meletakkan
kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa , masyarakat) melebih diri
sendiri.
2.
Berpandangan Progresif dan Saintifik:
· Guru sentiasa berfikiran positif,
proaktif, inovatif dan motivatif.
· Mempunyai minda yang kehadapan dan
sentiasa memperkembangkan ilmunya.
3.
Bersedia Menjunjung Aspirasi
Negara:
· Guru yang sentiasa meletakkan hasrat
dan matlamat negara sebagai yang utama.
4.
Menyanjung Warisan Kebudayaan
Negara:
·
Meletakkan diri sebagai role model
untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara.
·
Menjadi teladan kepada murid, ibu
bapa dan masyarakat.
5.
Menjamin Perkembangan Individu:
· Sentiasa memberikan keutamaan dan
mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara
menyeluruh dan bersepadu.
· Merangkumi aspek intelek, rohani,
emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.
6.
Memelihara Suatu Masyarakat
yang Bersatu Padu :
· Guru perlu mengekalkan keharmonian
dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti
yang dijalankan.
· Memastikan murid-murid pelbagai kaum
sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.
7.
Memelihara Suatu Masyarakat
yang Demokratik :
·
Sentiasa memberi peluang kepada
murid-murid untuk membuat keputusan.
·
Berlaku adil dalam membuat keputusan.
·
Bertindak berasaskan pertimbangan
wajar.
8.
Memelihara Suatu Masyarakat
yang Progresif :
· Memberi penekanan kepada aspek
inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan
tugas.
· Membentuk murid yang dapat berfikiran
secara progresif dan saintifik.
· Guru perlu menekankan kaedah inkuiri
(penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka
cipta)
9.
Memelihara Suatu Masyarakat
yang Berdisiplin :
· Mempastikan keharmonian, keselamatan
dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi
untuk oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.
(B) : FALSAFAH PENDIDIKAN GURU SEBAGAI TERAS KEPADA PEMBENTUKAN PEMIKIRAN DAN AMALAN GURU-GURU DARI ASPEK PENGETAHUAN, KETERAMPILAN, SAHSIAH DAN ETIKA GURU
1. Pengetahuan :
· Mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang subjek yang diajar.
· Mengetahui
serta mengaplikasi kaedah atau cara penyampaian ysng pelbagai dan berkesan.
· Murid
dapat memahami apa yang dipelajari.
2. Sahsiah
:
· Perlu
mempunyai sahsiah yang baik.
· Menjadi
contoh kepada murid-murid.
· Contoh : setiap tindakan guru perlu dilakukan secara bijaksana, mempamerkan kematangan, berpekerti mulia dan sikap saling bekerjasama dengan guru-guru lain.
3. Etika Guru :
(
·
Bertingkah
laku baik di depan semua orang termasuk murid-murid.
·
Sentiasa
bekerja dengan ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.
·
Terhadap
individu, masyarakat, agama dan negara.
4. Keterampilan
:
· Keterampilan mampu meningkatkan kuasa professional, keberkesanan tugas, kreatif dan inovasi, keyakinan diri dan kewibawaan guru dalam pelaksanaan tugas.
· Keterampilan
guru menunjukkan guru sememangnya mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta nilai diri
yang positif dan minda yang sihat.
(C) : ANALISIS KRITERIA KERJAYA GURU SEBAGAI PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan,
kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya
terdapat pada atau dilakukan oleh seorang professional. Profesionalisme adalah
tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang professional.
1. Kerjaya Unik :
· Hanya
guru mampu memberi perkhidmatan yang terbaik untuk membangunkan personaliti,
kebolehan intelek, rohani, emosi dan jasmani pelajar secara
menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmoni.
· Hanya
guru yang pakar terlatih yang mewariskan pengetahuan, kemahiran, nilai,
kebudayaan dan kepercayaan kepada generasi seterusnya.
· Contoh : guru mata pelajaran, guru pakar dan guru cemerlang.
2. Tahap Pendidikan Yang Tinggi:
· Guru
perlu menjalani tempoh pengajian di Institusi Pendidikan Guru selama 4 hingga 5
tahun untuk mendalami 3 komponen.
· Komponen
: Pengetahuan dan kefahaman, Kemahiran
Kaedah dan Teknik serta Amalan Nilai Professional.
3. Latihan Yang Lama :
· Merupakan
pekerjaan yang amat penting dan harus dilakukan dengan betul.
· Guru
perlu mendapatkan latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan
diri dalam bidang tersebut.
4. Kod Etika Perkhidmatan :
· Etika – Sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.
· Sistem
dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta betul
dan juga salah.
· Dengan
tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.
· Menjadi
garis panduan dan dasar yang perlu dipatuhi oleh semua kakitangan perguruan.
5. Persatuan :
· Satu
badan organisasi atau organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa,
pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai matlamat
serta meningkatkan imej profesion.
· Mempunyai
kuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar kod etika yang
telah dipersetujui.
6. Tanggungjawab :
· Guru diamanahkan dengan tanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang telah dibuat.
· Perkhidmatan yang diberikan ini melibatkan dengan kebajikan manusia, maka tanggungjawab yang telah diamanahkan amatlah berat.
(D) : ANALISISKAN KOMPONEN STANDARD GURU MALAYSIA KE ARAH MELAHIRKAN GURU YANG BERTARAF DUNIA
Maksud
Standard Guru Malaysia
· Pernyataan
kompetensi professional yang patut dicapai oleh para guru (Standard) dan
pernyataan aspek yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
(Keperluan)
·
Digubal
berdasarkan rujukan dan panduan kepada guru, agensi dan institusi latihan
perguruan di Malaysia dan di beberapa negara maju untuk melahirkan dan
melestarikan guru yang berkualiti
·
Komponen
Standard Guru Malaysia (SGM) : Standard (S), Keperluan (K) dan Asas Penentuan
Standard dan Keperluan
Komponen Standard Guru Malaysia
1.
Standard
(S)
·
Amalan
Nilai Profesionalisme Keguruan
·
Pengetahuan
dan Kefahaman
·
Kemahiran
Pengajaran dan Pembelajaran
2.
Keperluan
(K)
·
Kelayakan
Masuk Program Latihan Perguruan
·
Latihan,
Pentaksiran dan Penilaian
·
Kolaborasi
·
Infrastruktur
dan Infostruktur
·
Jaminan
Kualiti
3.
Asas
Penentuan Standard dan Keperluan
·
Misi
Nasional
·
Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK)
·
Falsafah
Pendidikan Guru (FPG)
·
Tatasusila
Profesion Keguruan
·
Etika
Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Guru
Kompeten
· Guru
yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan kaedah pengajaran dengan baik.
·
Ciri-ciri
:
i.
Mempunyai
kemahiran dan pertuturan antara murid yang bagus.
ii.
Mempunyai
ilmu pengetahuan yang tinggi tentang mata pelajaran yang diajar.
Modal
Insan Unggul
·
Ditakrifkan
sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia yang menyebabkan mereka lebih
produktif.
· Pembangunan
modal insan unggul – suatu proses yang bertujuan bagi melahirkan jiwa yang
bertaqwa, pembangunan yang penuh dengan keinsanannya dan harus dilengkapi
dengan pembangunan jiwa, hati dan naluri bagi melahirkan insan yang ada sifat
keinsanannya.
(



